PRESS & Media

< See all Press & Media

August 8, 2016

Kosmo

MyTOWN Pusat Beli-Belah Dalam Taman


PUSAT beli-belah terbaharu, MyTOWN di di Jalan Cochrane, Cheras, Kuala Lumpur dijangka mula beroperasi pada 15 November depan.

MyTOWN yang bersambung dengan gedung perabot terkenal dari Sweden, IKEA itu mampu memuatkan lebih 460 premis perniagaan. Pengurus Besar MyTOWN, Joakim Hogsander berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi menjadikan pusat beli-belah itu pilihan utama pelanggan.

“Pelbagai segmen jualan meliputi bahagian wanita, kanak-kanak, sukan dan keluarga boleh diperoleh di MyTOWN.

“Fasiliti yang lengkap turut disediakan untuk kemudahan pelanggan tanpa mengira peringkat usia dan status ekonomi,” ujarnya.

Selain itu, MyTOWN turut menyediakan tapak permainan kanak-kanak di beberapa aras agar mereka dapat bergembira sewaktu berada di pusat beli-belah tersebut. Bangunan setinggi lima tingkat itu juga menyediakan alat pengecas telefon bimbit bagi memudahkan pelanggan berehat sambil mengecas telefon.

Bukan itu sahaja, taman seluas 0.8 hektar juga disediakan kepada para pengunjung agar mereka dapat menikmati acara seni dan kebudayaan serta aktiviti fizikal bagi menyokong gaya hidup sihat dan produktiviti aktif masyarakat setempat. Malah, kemudahan MRT Cochrane turut disediakan untuk kemudahan pelanggan mengunjungi pusat beli-belah itu tidak lama lagi.

Antara jenama terkenal yang akan membuka cawangannya di MyTOWN ialah Parkson, Golden Screen Cinemas, Village Grocer, Zara, Mango, Uniqlo dan Celebrity Fitness.

MyTOWN pusat beli-belah dalam taman